Friday, 13 March 2015

TESTIMONIAL SAMBAL HITAM PAMAH KULAT



Entry kali ni I belanja beberapa testimonial dr customer. Alhamdulillah kebanyakan repeat order. 










Kak ipar ada urusan kat Ghuangzhou. Dia kata nasib baik ada sambal hitam sbb susah nak cari makanan halal selain tak kena ngan selera. Maklumlah tekak melayu. So dia n abang pi mart cari instant porridge dan makan ngan sambal hitam. Setel!








Yang ni customer jalan2 Korea :)



yang ni ustazah anak bujang I. Dia order regular pedas je. see dia kata bapak dia makan berpeluh telinga. tp ada juga customer yg amek extra pedas tp kata kalau lagi pedas lagi sedap! maksudnya sini level kepedasan memasing berbeza-beza. boleh request tahap kepedasan memasing insha Allah I akan cuba ikut 



WHATSAPP : 012 330 6743

Tuesday, 24 February 2015

ARTISARI

ARTISARI

Hari tu ada kawan whatsapp suggestkan produk ni. Tengok pic mcm best kan tapi br je tukar skincare 5bln lepas and laki I selalu bising kejab sgt nak tukar produk. Tak terus setuju pun nak beli ni tapi kawan rajin la share kebaikan2 Artisari ni. Yang buat I tertarik ngan produk ni ialah produk local, bebas chemical dan milik anak melayu. Wah! Why not sokong produk tempatan dan milik anak melayu? Yang ni I beli senyap2. Sampai je terus bukak and simpan dlm toilet terus. Lepas dua minggu nampak perubahan. Memula I beli cleanser n toner je dulu. Biasa kalau beli apa2 produk skincare mmg akan I cuba dua benda ni dulu kalau sesuai baru selit barang lain. After 2 weeks nampak la Artisari ni sesuai ngan kulit I. Whatsapp lagi kawan tanya pasal bee venom.




BEE VENOM berfungsi untuk memperbaiki peredaran darah pada muka, membantu imun badan serta menjadikan kulit seakan tertipu dengan adanya kesan MELITTAN dimana ia adalah toksik yang dibawa oleh lebah, sekali gus membuatkan darah mengalir dan merangsangkan pertumbuhan collegen dan elastin sehingga menampakkan hasil yang terbaik seperti kulit yang tegang, pengecilan pori, dan pengurangan kedutan muka

ROYAL JELLY pula mengandungi agent kolagen yang berkesan untuk perangsangan Anti Stress, serta kaya dengan sumber protien dan vitamin, disamping itu ia juga mampu mengelakkan kulit dari mudah terbakar, berfungsi sebagai anti penuaan yang mengandungi 17 amino asid, vitamin B dan mineral.

Artisari adalah produk kecantikan yang menitik beratkan tentang anti-penuaan dan pencerahan kulit ianya asing. selamat digunakan tanpa ada hydroquinone menidakkan pengelupasan sekali gus menjadikannya sesuai di pakai tak kira usia mahupun jantina.

1 Kotak Bee Series dengan harga serendah Rm180 mempunyai 4 item iaitu sabun pencuci muka, toner, krim siang dan krim malam. Artisari menggunakan ramuan yang dihasilkan oleh lebah dan setiap item ada kelebihan masing-masing


Untuk belian boleh Whatsapp : 012 330 6743




Habis cuti CNY

Hari tu dapur sambal hitam cuti seminggu gara2 CNY, minggu ni memang bz betul! I siap bawak cousin tolong sekali dua hari turut2 ni


Intan ni first time try beli satu container standard size je. Dia kata nak try dulu sbb pernah terkena beli kat Petronas tapi tak sedap. Rm15 tapi sikit. 2nd time order, request jar paling tinggi. Tak puas hati gak..ha dia request container bapakkk besar ni. 2kg extra extra pedas



Hari ni punya cerita. Container belah kanan tu customer request. Utk pos bukan by hand. Dalam tu i buh dalam sealed plastic then masukkan dalam container. Rm20 punya sambal + Rm6 sampul pos laju. Just nice je. Utk customer yg order sekali banyak like 10-15 peket prefer packing dlm plastik je sebab bleh muat dalam sampul pos laju Rm9. Jimat situ kan berbanding kena timbang



Untuk tempahan boleh Whatsapp : 012 330 6743
Belimbing Buluh

Uols tau kan keistimewaan sambal hitam ialah pada asam belimbing. Biasanya stok asam belimbing ni mak mertua yg supply. Jimat gas sbb dia masak pakai kayu api. Ada sekali tu kampung tak berbuah  sbb musim hujan. Stok belimbing kat umah makin surut. Memang menggelupur la sebab demand sentiasa ada (Alhamdulillah rejeki utk anak2)

Rejeki I la ramai kontek bagitau depa ada pokok belimbing sedang berbuah. Memang cargas la pi amek. Bukan amek free ok. Kita sindri meniaga so buat cara meniaga. Gitu











tolak 3 balang yg penutup bulat kaler merah dua ketul n penutup biru tu yg lain2 tu I rebus seharian. 40kg!

Tu sebab sambal hitam ni mahal. Proses nak buat asam lama, 40kg belimbing buluh dah jadi asam cuba teka dpt berapa bila jadi asam? 8kg. Yes, 8kg sahaja. Kena lak I guna ikan bilis gred AA, cili padi plak cili padi kampung. Semua berkualiti. Jadi berbaloi la sepeket/sebekas 180-190gram Rm10 je. 


Untuk tempahan boleh Whatsapp : 012 33006743

Thursday, 19 February 2015

Daging Bali Pamah Kulat

Daging Bali






Daging Bali ni masakan kampung husband juga. Daging masak kicap resepi special. Mak mertua juga yg ajar. Setiap kali birthday Aymeric ( my eldest son) I akan serve daging bali ngan nasi impit. Memang kawan2 and cousins tunggu dish ni. Nak ikutkan pedas lagi sedap tapi I buat tak pedas la so anak2 boleh makan. Yang order ada anak kecik memang kata anak2 enjoy makan. Ada rasa manis2 kicap tu, aroma daun kari lagi











Dish ni boleh je dibekukan. Kalau tak sempat masak, tinggal panaskan je. Makan ngan telur dadar, slurp!

UNTUK TEMPAHAN BOLEH WHATSAPP : 012306743


Sambal Hitam Pamah Kulat



Sambal hitam ni masakan orang Pahang. I bukan orang Pahang tapi orang Selangor yg terjodoh dengan orang Pahang. Haha! Rejeki acik dpt belajar bt sambal hitam ngan mak mertua. Belajar pun sebelum kawen tapi timbul idea nak bt side income sambil jaga anak kat rumah bila anak dah masuk dua.

Sambal hitam ni ialah sambal ikan bilis cili api yg istimewa dia terletak pd asam belimbing buluh. Sedap makan ngan nasi, buh telur mata sebijik goreng sayur simple2 memang pembuka selera.



Sambal hitam version Pamah Kulat. Pamah Kulat ni nama kampung husband kat Ulu Dong, Raub. Ikan bilis gred AA, cili api kampung, boleh rasa texture ikan bilis dan tidak terlalu berminyak atau terlalu kering


ni review dr blogger/instafemes/twitfemes : +Ladynoe Mohamed 




Packaging ada dua; satu dalam peket dan satu lagi dalam container. Kalau pakai pos, ramai order sekali banyak jadi nak jimatkan kos pos buh dalam sealed plastic. Bayangkan yg order 10 peket bleh sumbat dalam sampul prepaid Pos Laju Rm9 tu je. Kalau dlm container, 4 ketul pun kalau timbang dah Rm12 walhal kalau dlm plastik Rm6. Double tu. Sapa yg tak kisah tentang kos pos laju boleh je request dlm container

HARGA :

Sepeket / Sebekas : 180-190 gram Rm10 sahaja

Extra extra pedas <- memang pedasssss sangat : Setiap peket extra Rm2. Kalau angkat sekali tiga peket Rm5. Maksudnya kalau angkat sepeket extra pedas Rm12, 2 peket Rm24 kalau 3 peket Rm35. Gitu

Extra masam : juga sama charge macam extra extra pedas. Both cili dan asam belimbing agak mahal ya. Kalau cili siam ye murah tapi i guna cili api kampung. Berdesing tapi sedap!


Testimonial dr customer lain





Banyak lagi nak share sebenarnya tapi sambung esok ok!

Sesapa nak tanya lebih lanjut pasal Sambal Hitam Pamah Kulat boleh whatsapp
0123306743